Wednesday, January 4, 2017

Mengendali Program Anak Angkat SMS Alam Shah & SMT KL di Kg. Kuala Sat

Pada 28 dan 29 Mei yang lalu, pengurusan Danz Eco Resort (Danz Travel & Adventures Sdn. Bhd.) telah mendapat kepercayaan dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah & Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur untuk mengelolakan program anak angkat bersama penduduk Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut. Program kemasyarakatan dan perkongsian ilmu yang berlangsung selama 2 hari tersebut melibatkan 50 orang pelajar- pelajar sekolah berkenaan dan penduduk kampung.

Pihak Danz Travel & Adventures bertanggungjawab dalam hal pengurusan makanan & tempat tinggal serta memastikan keseluruhan perjalanan program berjalan lancar. Setiap pelajar ditempatkan di rumah keluarga angkat masing- masing selain menyertai aktiviti- aktiviti yang telah disusun.